Urut pantang di rumah. Mama rehat, kami datang.
Terapis bertauliah datang ke rumah anda di sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, supaya mama boleh rehat dengan selesa.Terapis bertauliah datang ke rumah anda di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.
- Terapis bertauliah
- Datang ke rumah
- Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
Terapis Bertauliah
Ada sijil urutan tradisional dan penjagaan pasca bersalin. Mama berada di tangan yang terlatih.
Terus ke Rumah Mama
Terapis datang bersama peralatan sendiri. Mama tak perlu keluar, tak perlu bersiap, cukup berehat.
Slot Terhad, Perhatian Penuh
Kami hadkan sesi sehari supaya setiap mama dilayan sepenuh hati, tanpa tergesa-gesa.
Terapis Wanita, Lebih Selesa
Mama lebih tenang dan privasi terjaga sepanjang sesi urutan.
Harga urut pantang
Pilih pakej yang sesuai
Semua sesi dibuat di rumah anda. Semakin banyak sesi, semakin jimat.
3 Sesi
RM360RM345
Harga: tanya di WhatsApp
Jimat RM15 · ≈ RM115 sesi- 3 sesi urut pantang
- 60 minit setiap sesi
- Terapis datang ke rumah anda
- Peralatan dibawa sendiri
7 Sesi
RM840RM775
Harga: tanya di WhatsApp
Jimat RM65 · ≈ RM111 sesi- 7 sesi urut pantang
- 60 minit setiap sesi
- Terapis datang ke rumah anda
- Peralatan dibawa sendiri
10 Sesi
RM1,200RM1,080
Harga: tanya di WhatsApp
Jimat RM120 · RM108 sesi- 10 sesi urut pantang
- 60 minit setiap sesi
- Terapis datang ke rumah anda
- Peralatan dibawa sendiri
Nak cuba satu sesi dulu?
Sesi tunggal, tanpa komitmen pakej.
Tambah Sauna (add-on)
Sauna boleh ditambah pada pakej anda. Ambil pakej lebih banyak? Tanya kami tentang tawaran sauna.
Nak tahu harga Confinement Lady atau Caregiver?
Harga ikut keperluan dan tempoh. WhatsApp kami untuk sebut harga.
Slot terhad setiap hari. Tempah awal, sebelum tarikh bersalin pun boleh.
Caj transport mungkin dikenakan untuk kawasan di luar liputan kami.
Servis kami
Penjagaan untuk mama, baby dan keluarga
Dari urut pantang hingga bantuan harian di rumah, semuanya datang ke rumah anda. Untuk mama lepas bersalin, dan juga wanita yang mahu urut dan sauna di rumah tanpa perlu ke spa.
Urut Pantang
Urutan tradisional di rumah anda oleh terapis bertauliah, supaya mama rasa ringan dan selesa selepas bersalin.
Wanita lain yang mahu urut atau sauna di rumah pun dialu-alukan.
Lihat Pakej Urut
Confinement Lady
Teman yang faham dunia pantang. Bantu jaga mama dan baby di rumah, supaya mama boleh berehat dan pulih dengan lebih tenang.
WhatsApp Untuk Harga →
Pantang dan Healthy Meal
Menu pantang yang sedap dan seimbang, disediakan untuk bantu mama pulih dan bertenaga. Tanya kami tentang menu dan kawasan penghantaran.
WhatsApp Untuk Harga →
Caregiver
Bantuan beberapa jam, contohnya temankan ke klinik atau bantu urusan harian di rumah.
WhatsApp Untuk Harga →
Kenali Mya
10 tahun saya urut. Setiap mama tetap saya layan macam yang pertama.
Saya Mya. Dah 10 tahun saya buat urutan tradisional, dan sepanjang tempoh itu saya belajar satu perkara: badan setiap mama tak sama, jadi urutan pun tak boleh sama. Sampai hari ini saya uruskan sendiri setiap sesi. Saya datang ke rumah, bawa peralatan sendiri, dan saya hadkan bilangan sesi sehari supaya setiap mama dapat masa yang cukup. Saya tanya dulu bahagian mana yang paling sakit, dan saya sesuaikan tekanan ikut keselesaan mama. Itu yang paling kerap pelanggan saya sebut selepas sesi pertama.
Cara tempah
Tiga langkah je
1
WhatsApp kami
Beritahu tarikh bersalin dan kawasan anda.
2
Pilih tarikh dan pakej
Kami sahkan slot yang masih kosong.
3
Terapis datang ke rumah
Mama cuma perlu baring dan rehat.
Kata mama-mama
Pengalaman pelanggan kami

★★★★★
Mama ini risau akan lebam sebab pengalaman urutan tradisional sebelum ini. Selepas sesi bersama kami, badan terasa ringan, tiada lebam langsung, dan dia dah tempah sesi seterusnya hujung bulan.
Puan Lisa - Cyberjaya

★★★★★
Pinggang mama ini sakit berminggu-minggu sebelum sesi. Selepas urut, badan terasa ringan dan pinggang lega. Yang paling dia suka, tekanan urutan betul-betul sederhana, tak terlalu kuat dan tak terlalu lembut. Dia sudah rancang untuk ulang dan cadangkan kepada kawan-kawan.
Puan Nurul - Shah Alam

★★★★★
Maklum balas daripada rakan spa selepas sesi bersama pelanggan mereka.
Puan Khadijah - Gombak
Kawasan liputan
Kawasan lain? WhatsApp dulu, kami cuba aturkan.
Soalan lazim
Ada soalan? Ini yang selalu ditanya
Bila boleh mula urut pantang selepas bersalin?
Untuk bersalin normal, boleh mula seawal hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin jika tiada komplikasi. Untuk bersalin czer, urutan badan, kaki dan bahu boleh mula awal, tapi bahagian perut dan tungku perut kami akan tunggu selepas hari ke-14 atau selepas luka kering dan dapat kebenaran doktor. Maklumkan jenis bersalin anda semasa booking.
Apa yang termasuk dalam pakej urut pantang?
Pakej lengkap kami termasuk Urut Tradisional Ibu, Bertungku Herba Panas, Pemakaian Bengkung, Param, Pilis & Tapel, Mandi Herba / Lulur, dan Penjagaan Bayi (mandi, urut dan tuam bayi). Satu sesi 60 minit. Sauna ialah add-on yang boleh ditambah mengikut pilihan anda. Semua herba dan peralatan kami bawa, anda cuma sediakan bilik dan tuala.
Berapa harga sauna, Confinement Lady dan Caregiver?
Sauna ialah add-on dan harganya bergantung pada pakej yang anda ambil. Confinement Lady dan Caregiver pula ikut tempoh dan keperluan anda. WhatsApp kami dan kami sebutkan harga.
Area mana yang cover? Adakah datang ke rumah?
Ya, 100% servis mobile datang ke rumah. Kami cover seluruh Selangor (Shah Alam, Klang, Subang, Puchong, PJ, Cheras, Ampang, Gombak, Rawang), Kuala Lumpur (KLCC, Bangsar, Mont Kiara, Setapak, Wangsa Maju, Kepong) dan Putrajaya & Cyberjaya. Luar kawasan boleh bincang, ada caj transport.
Siapa tukang urut? Selamat ke kalau jahitan banyak / bengkak susu?
Semua Confinement Lady (CL) kami 100% wanita, muslimah, berpengalaman dan ada sijil urutan tradisional. Selamat untuk ibu yang ada jahitan banyak, koyak atau bengkak susu - kami akan elak kawasan luka dan ada urutan khas untuk lancarkan susu. Jika ada demam, luka bernanah atau komplikasi, kami akan nasihatkan rujuk doktor dulu.
Boleh tempah kalau bukan lepas bersalin?
Boleh. Selain mama lepas bersalin, kami juga buat rawatan urut untuk wanita lain yang mahu urut dan sauna di rumah tanpa perlu ke spa. WhatsApp kami untuk tanya servis dan harga.
Boleh tempah sebelum bersalin?
Boleh. Tempah awal supaya slot tarikh bersalin anda terjamin. WhatsApp kami untuk semak slot.
Mama dah bekerja keras 9 bulan. Sekarang giliran mama berehat.
Slot terhad setiap hari. WhatsApp sekarang untuk semak tarikh.
WhatsApp Mya Sekarang